THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, September 11, 2009

=D

Cinta sebahagian danipada fitrah
insan, orang yang benci dengan cinta
dia boleh dianggap tidak normal,
tetapi ramai juga yang menderita dan
terseksa kerana cinta, Bersyukurlah
orang yang diberi rasa cinta dan boleh
menangani rasa cinta itu dengan waras.
Dijadikan indah pada pandangan
manusia, kecintaan kepada wanita, anak-
anak, harta yang banyak daripada jenis
emas, perak, kuda pilihan, binatang
ternak dan sawah ladang. Itulah
kesenangan hidup di dunia dan di sisi
Allah tempat kembaliyangbaik.(Ali-
Imran:14)

Islam tidak melarang remaja bercinta
dengan syarat cinta itu menghala pada
landasan yang boleh menjaga kehormatan
din. Jauhilah cinta yang tidak
terkawal, contahnya cinta yang lebih
cenderung kepada maksiat, cinta kerana
hawa nafsu dan cinta yang menyebabkan
rasa malu semakin hilang.

Cinta Allah cinta yang tidak bertepi.
Jika sudah mendapatkan cintanya, dan
rasa manisnya bercinta dengan Allah,
tiada lagi keluhan, tidak ada lagi
tubuh lesu. Tidak ada pandangan kuyu.
Yang ada adalah pandangan aptimis
menghadapi segala dugaan dan rintangan
dalam hidup ni. Tubuh yang kuat
beribadah akan terus melangkah untuk
menggapai cita-cita, laitu mencari
redha-Nya. Rezeki, maut, jodoh. Dan
langkah kita, itu semuanya sudah
diaturi Allah. Amat rugi manusia yang
hanya dipenatkan oleh cinta dunia.
Mengejar cinta makhluk, memburu harta
dengan segala cara dan hanya
mementingkan din sendiri, Pada hal
nasib di akhirat nanti ditentukan oleh
dirinya ketika hidup di dunia.
Bersungguh-sungguh mencintai Allah,
atau terlena oleh cinta dunia yang
fana ini,mana satu pilihan bijak?.

Ramai orang mengaku cinta pada Allah
dan Allah hendak menguji cintanya itu.
Namun manusia selalu gagal membuktikan
cintanya pada Allah disebabkan sedikit
dugaan yang ditimpakan Allah padanya.
Yakinlah wahai remaja, kesenangan dan
kesusahan adalah bentuk kasih sayang
dan cinta Allah kepada hamba-Nya yang
beriman. Berhijrahlah daripada cinta
monyet kepada cinta agung.

0 comments: